Monday, August 5, 2013

PERUBAHAN membawa KEBAHGIAAN

Adakah KEBENARAN sedikit sebanyak di situ? Hari ini membaca sedikit 'LUAHAN RASA' Dato DR AZIZAN OSMAN...

Apa katanya? kalau kita juga berada dalam situasi yang sama.... marilah berubah dan berubahlah dengan ILMU, GURU dan JALAN yang lurus... jgn bazirkan masa dgn jalan jauh dan panjang dan berbengkang bengkuk... saya sudah. Anda bila lagi?

[Raya banyak belanja kan?]

Bila dah nak raya, terdengar sana-sini ada yang bekerja/ makan gaji dan mengeluh tentang kewangan yang tidak mencukupi untuk hari raya. Ada pula orang nasihat kan untuk tak payah raya sangat sebab katanya hari raya bukannya perlu ada duit.... Saya tersenyum kerana orang yang bercakap itu mungkin bujang, tidak ada anak, tidak ada suami, isteri, mak, bapak, mertua, adik beradik laki atau bini, ipar duai, sedara mara dan mungkin rumah pun tak ada untuk orang berkunjung ke rumahnya sebab dia pun tak berkunjung ke rumah orang lain mengambil peluang sempena raya ni untuk bertanya khabar dan kunjung mengunjung. Dan orang ini mungkin hanya berkunjung melalui Facebook..... Dan bila dia mati, mungkin kita boleh kebumikan dia melalui "Farmville"?

Ada pula yang cakap, apa yang penting ketika raya adalah bayar hutang lebih penting, tak payah raya berziarah sangat..... sebab tu semua perlukan duit.

Apa saya cakap? Saya cakap, sukahati. Ikut kemampuan anda dan perancangan kewangan anda selama ini. Jika anda "merasai" tekanan kewangan untuk hari raya ini, saya pernah merasainya lebih 13 tahun dahulu. Senyuman di wajah kita tidak bermakna senyuman dihati kita. Berhutang dengan along amat tidak mententeramkan jiwa, takut siapa yang datang ke rumah nanti kalau-kalau abang Ah Long singgah.... Dan semua pengalaman itu menjadikan saya sedar, saya perlu bangkit berilmu dalam aspek kewangan, perniagaan, pelaburan dan pemasaran selain perlu memperbaiki ilmu & amalan saya sebagai muslim.

Orang tidak mengalami pasti tidak merasai dan kadang-kadang tidak perlu rasa pun. Tapi yang pasti, kesedaran tidak ada ilmu berniaga, kewangan dan pelaburan itulah yang membuatkan saya bangkit Alhamdulillah membina organisasi perniagaan & pelaburan di Richworks. Ia juga menjadi satu tekad buat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berharga saya melalui sesi-sesi klinik keusahawanan saya. Saya tidak bercakap melalui teori buku teks atau research manusia lain tetapi melalui kejatuhan dan kebangkitan diri dan perniagaan di suluh dengan amalan kerohanian dengan Allah swt & Rasul saw serta amalan-amalan memperbaiki hati yang ada di dalam Al-Quran & Hadis.

Menjelang hari raya ini, saya teringat saat saya tidak mampu pun belikan apa-apa pun untuk mak ayah saya, apatah lagi diri sendiri. Saya hanya mampu diam menelan rasa ketika berhadapan saudara mara bertanya khabar kepada saya atau "lari". >> sama je dgn kita kan. tapi skrg beliau MAMPU malah TERAMAT MAMPU <<

Kepada anda yang sedang melalui ujian, cabaran dan tekanan kewangan, percayalah, ia adalah peluang untuk anda bangkit selepas ini kerana lebih kuat emosi yang anda rasa, lebih kuat tenaga keinginan anda untuk memperbaiki hidup anda. Cuma, bezanya adalah, adakah anda seperti saya, cepat sedar yang saya sebenarnya perlukan Mentor, Elmu, Strategi atau Sistem yang terbukti berjaya, Tindakan Segera yang Luar Biasa serta Impian yang jelas untuk dunia dan akhirat anda. Lebih cepat kita ada ilmu, lebih cepat kita bertindak, peluang kita untuk perbaiki hidup kita lebih cepat.


  • y nak share jua apa yang telah sy perolehi sepanjang 3x menghadiri Minda Magnet Rezki... Jom pm laju - laju

No comments: