Tuesday, April 23, 2013

Ada APA dengan M a g n e s i u m - pArT. 2

TEKANAN DARAH TINGGI

Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium berperanan dalam menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi

DIABETES

. Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam darah.

DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL

. Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.
ASMA
. Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.
. Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.

EPILEPSI

. Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang terjadi kerana letusan pelepasan muatan litrik sel saraf secara berulang dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium dosis tinggi (450 mg) dapat mengatasi ayan dalam waktu singkat.

. AUSTISME

. Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.

HIPERAKTIF

. Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut

Attention Defisit Hyperactivity Disorder 

(ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. 

Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak 

yang menderita ADHD mengalami kekurangan 

banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat 

magnesium secara signifikan dapat menurunkan 

gejala-gejala hiperaktivi kepadak kanak-kanak.


BATU KARANG

. Salah satu penyebab utama penyakit ini 

adalah tingginya kandungan kalsium dan acid. 

Dengan mengamalkan magnesium, ia membolehkan 

asid dan kalsium yang berlebihan dapat 

dinyahkan.


SENGGUGUT

. Sindrom ini disebabkan kerana adanya 

kekurangan magnesium yang dtunjukkan dengan 

gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, 

sembelit, jerawat, insomnia dan stress. 

Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat 

membantu melegakan kontraksi otot sehingga 

dapat meringankan atau menghilangkan gejala-

gejala senggugut.


KETAGIHAN ALKOHOL

. Ketagihan alkohol ini disebabkan kerana 

kekurangan magnesium di dalam tubuh. Perkara 

ini sudah dibuat kajian semenjak tahun 1960-

an. Ketagihan alkohol umumnya mengalami 

kekurangan nutrisi kerana mereka mendapatkan 

tenaga yang mereka perlukan terutama dari 

minuman yang rendah nutrisi kecuali alkohol, 

air dan karbohidrat. Meminum alkohol yang 

berlebihan juga menyebabkan berlebihan 

pembuangan magnesium melalui urin. Perkara 

ini menyebabkan timbulnya pelbagai jenis 

penyakit atau memparahkan lagi penyakit yang 

telah ada. 


OSTEOPOROSIS

. Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan 

tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya 

osteoporosis sering terjadi kepada wanita 

yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula 

akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan 

magnesium telah terbukti dapat mencegah dan 

mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal 

ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh 

dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal 

yang dilakukan terhadap sebahagian wanita 

menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa 

pemberian magnesium dapat mencegah terjadinya 

retak tulang dan secara signifikan dapat 

menguatkan struktur tulang.

bersambung
pm me for more info

Tuesday, April 9, 2013

more on bbplus


BBplus in da House!!!

No words needed guys.... Safinat Saadan is a qualified Doctor. She hav a clinic and still she used BBplus Collegan. How about u guys? pm / wasap / msg je laju laju....

Tuesday, April 2, 2013

Soup for a Soul part.2

Caskan diri anda dengan kuasa positif...


3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.


4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?


5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.


bersambung...