Tuesday, March 19, 2013

Dedicated to BIO-EVER


Pada mulanya sapuan Bio Ever hanya utk diri sndiri... tp bila d aplikasi pada kaki anak... puyoooo kesan sgt2 menakjubkan dan syukur dpt keluar dari HTAR setelah berkampung 3 hari... ISTIQAMAH dgn BE cukup sebln.... inilah hasil kaki Ammar... yg carik dah bercantum... tidak meninggalkan bekas langsung... kini sy adalah agen sah bio-ever forever... hehhehheheh 


Sesiapa nak merasai sendiri pengalaman hebat ini... hubungi pm sy laju laju laju.... wasap pun ok.. 010-2310 135

Tuesday, March 12, 2013

Soup for a soul....

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membe
zakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas


Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.


2. Ambil Wudhuk


Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.





bersambung...

Tuesday, March 5, 2013

Ada APA dengan M A G N E S I U M ???

pART 1;

MAGNESIUM Mg........juga dikenali sbg mineral ANTI STRESS.......'The most relaxation mineral'.

PENTING UNTUKKKKKKK........menurunkan tekanan darah, cegah komplikasi diabetes, anti penuaan, mencegah osteoporosis , merendah risiko sakit jantung, mengubati asma, migrain dan diabetes.....mencegah penyumbatan salurdarah.Tanda tanda kkurangan Mg........

cramps,insomnia,risau,autisme,angina,sembelit,sakit kepala, migrain,asthma,diabetes, obesiti,batu karang,darah tinggi,PMS,senggugut,masalah pencernaan,sensitif bunyi bising,reflux,keletihan yg kronik......kajian Mark Hyman,MD

Jom amalkan minum KOPI MINERAL yg enak dan sihattttt NAK TAU BANYAK LAGI BACA KAT SINI YE

Sangat sedikit masyarakat yang sedar, tahu, dan memperhatikan peranan magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium telah diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Peranan magnesium sangat penting. Namun ironisnya, peranan magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa jadi begitu? Kerana kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause. Selain itu, bila keperluan megnesium tidak dipenuhi, akan terjadi denyutan jantung yang tidak normal. Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah Science tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang ditemukan dalam jumlah sangat kurang dalam serum darah pada otot-otot jantung, dari jumlah yang seharusnya.

KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM

Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam tubuhnya.
Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan di Britain, Amerika dan Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan, iaitu 2:1.
Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.

PENYAKIT JANTUNG
. Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.
Selain itu, magnesium juga memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.

bersambung

Turning Point

Alhamdulilha… 

Syukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang Pemurah lagi Mengasihani…

Menyambung setahun lagi usia di dunia ini… Alhamdulilha di usia ini diberi kesempatan untuk launching blog yang selama ini dalam angan-angan sahaja…


Ketika lahirnya seorang lagi zuriat pada tahun 2011, berjanji  kepada diri sendiri untuk menunaikan segala impian diri yang masih belum tercapai. Alhamdulilha di permudahkan.  Dipertemukan dengan rakan – rakan bisness yang berhati waja dan berimpian besar. Kini setelah angan – angan bertukar kenyataan. Setelah seronok merasai hasil titik peluh dalam gengaman, kini saya ingin terus melangkah dengan lebih jauh tanpa 
menoleh ke belakang lagi…