Saturday, August 31, 2013

Marine Essence sabun terbaik utk Kulit Sensitif !!!

Hot Item all the year....

Sabun marine essence adalah sabun ramuan terbaik pernah di hasilkan khas bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, jeragat, allergic dan cepat ber ruam. Namun apa yg terbaik mengenai sabun ini... bukan shj kulit bersih bahkan kawasan gelap di celah paha, leher malah ketiak akan lebih bersih dan berubah warna... lebih cerah.. bau masam juga turut hilang... Rasai sendiri utk tahu kelebihan sabun ini...


Saturday, August 24, 2013

The Very 1st Steps

Alhamdulillah selepas seminggu baru dapat meng upload kan detik2 indah bersama biz partner ketika Majlis Penganugerahan...

Setiap biz yang diceburi pasti ada halangan... jgn jadikan halangan sebagai batu penghalang tp sahut lah halangan sbgai batu loncatan utk lebih berjaya.

Kenapa ramai org berbiz? Sudah tentu sbb ekonomi - keperluan dan kehendak bertambah namun nilai wang ringgit juga smkin tinggi. Jika kita masih d takuk lama... dapat kah kita penuhi semua keperluan dan kehendak ni?

Kenapa perlu berguru & berilmu? Supaya tak sesat jalan dan tak syok sendiri. Klu dulu berbiz tak pandai menabung dan tak nampak hasilnya... kini Alhamdulillah. Hasil nampak d depan mata.

Kepada mereka yg nak berbiz, sy alu-alukan. Pilihan di tangan anda... mari bergerak melangkah bersama menuju ke puncak. YAKIN BOLEH !!!







Saturday, August 17, 2013

Ke MERIAH an RAYA

Keseronokan beraya masih lagi berlangsung... kpd kanak2 even ank2 sy sndiri sdg seronok mengumpul duit raya dan ber impian pula bagaimana nak menghabiskan duit raya tu kemana.

Kepada IbuBapa sibuk pula menyusun jadual memenuhi jemputan sahabat lama, reunion raya, open house, open office, marhaban bertandang dan pelbagai jemputan lagi. Ada juga yg mengambil kesempatan memeriahkan bulan raya ni dgn majlis pertunangan dan akad. Meriah sungguh raya se Malaysia.

Sy pun terjebak sama dgn semua aktiviti ini. Perasaan bercampur baur. Antara seronok happy jumpa kawan2 , perasaan letih sempat menyinggah.

Mujur teman serumah memahami dan membantu seadanya, ank yg sulung & kedua pun dah pandai menyusun kusyen n mengelap air tumpah. Yelah kawan2 ank yg dtg kerumah lebih ramai dr kwn2 parents. Dtg 2 3 org sekali. Lat 2 jam dtg lain group pula. Bukanlah x suka. Knk2 kan antara cabang pembawa rezki, namun klu yg dtg tu namanya BUDAK2... faham2lah kan... kuih berderai, air melekit di mana2... dugaan musim raya..

Tapi tahun ni sy dah PREPARE awal. Bila syarikat keluarkan MULTI PURPOSE SPRAY dlm bulan puasa yg lepas... sy detik dlm hati - wajib beli ni..

Hasilnya sgt lega dan senyummmmmmm je...

Sesuai utk semua jenis permukaan. Ank2 pun pandai guna. wangi dan bersih dgn sekali semburan sahaja... YEZZZ sy akan pastikan MULTI PURPOSE SPRAY sentiasa ada utk membantu meringankan kerja2 sy.



p.s : kwn sy bgtau dia guna dlm keta pun ok. Ini sudah lebih baik punya.... hehhehhehheheh

Siapa nak calling2 kita. Senang, murah dan wangi...

Monday, August 5, 2013

PERUBAHAN membawa KEBAHGIAAN

Adakah KEBENARAN sedikit sebanyak di situ? Hari ini membaca sedikit 'LUAHAN RASA' Dato DR AZIZAN OSMAN...

Apa katanya? kalau kita juga berada dalam situasi yang sama.... marilah berubah dan berubahlah dengan ILMU, GURU dan JALAN yang lurus... jgn bazirkan masa dgn jalan jauh dan panjang dan berbengkang bengkuk... saya sudah. Anda bila lagi?

[Raya banyak belanja kan?]

Bila dah nak raya, terdengar sana-sini ada yang bekerja/ makan gaji dan mengeluh tentang kewangan yang tidak mencukupi untuk hari raya. Ada pula orang nasihat kan untuk tak payah raya sangat sebab katanya hari raya bukannya perlu ada duit.... Saya tersenyum kerana orang yang bercakap itu mungkin bujang, tidak ada anak, tidak ada suami, isteri, mak, bapak, mertua, adik beradik laki atau bini, ipar duai, sedara mara dan mungkin rumah pun tak ada untuk orang berkunjung ke rumahnya sebab dia pun tak berkunjung ke rumah orang lain mengambil peluang sempena raya ni untuk bertanya khabar dan kunjung mengunjung. Dan orang ini mungkin hanya berkunjung melalui Facebook..... Dan bila dia mati, mungkin kita boleh kebumikan dia melalui "Farmville"?

Ada pula yang cakap, apa yang penting ketika raya adalah bayar hutang lebih penting, tak payah raya berziarah sangat..... sebab tu semua perlukan duit.

Apa saya cakap? Saya cakap, sukahati. Ikut kemampuan anda dan perancangan kewangan anda selama ini. Jika anda "merasai" tekanan kewangan untuk hari raya ini, saya pernah merasainya lebih 13 tahun dahulu. Senyuman di wajah kita tidak bermakna senyuman dihati kita. Berhutang dengan along amat tidak mententeramkan jiwa, takut siapa yang datang ke rumah nanti kalau-kalau abang Ah Long singgah.... Dan semua pengalaman itu menjadikan saya sedar, saya perlu bangkit berilmu dalam aspek kewangan, perniagaan, pelaburan dan pemasaran selain perlu memperbaiki ilmu & amalan saya sebagai muslim.

Orang tidak mengalami pasti tidak merasai dan kadang-kadang tidak perlu rasa pun. Tapi yang pasti, kesedaran tidak ada ilmu berniaga, kewangan dan pelaburan itulah yang membuatkan saya bangkit Alhamdulillah membina organisasi perniagaan & pelaburan di Richworks. Ia juga menjadi satu tekad buat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berharga saya melalui sesi-sesi klinik keusahawanan saya. Saya tidak bercakap melalui teori buku teks atau research manusia lain tetapi melalui kejatuhan dan kebangkitan diri dan perniagaan di suluh dengan amalan kerohanian dengan Allah swt & Rasul saw serta amalan-amalan memperbaiki hati yang ada di dalam Al-Quran & Hadis.

Menjelang hari raya ini, saya teringat saat saya tidak mampu pun belikan apa-apa pun untuk mak ayah saya, apatah lagi diri sendiri. Saya hanya mampu diam menelan rasa ketika berhadapan saudara mara bertanya khabar kepada saya atau "lari". >> sama je dgn kita kan. tapi skrg beliau MAMPU malah TERAMAT MAMPU <<

Kepada anda yang sedang melalui ujian, cabaran dan tekanan kewangan, percayalah, ia adalah peluang untuk anda bangkit selepas ini kerana lebih kuat emosi yang anda rasa, lebih kuat tenaga keinginan anda untuk memperbaiki hidup anda. Cuma, bezanya adalah, adakah anda seperti saya, cepat sedar yang saya sebenarnya perlukan Mentor, Elmu, Strategi atau Sistem yang terbukti berjaya, Tindakan Segera yang Luar Biasa serta Impian yang jelas untuk dunia dan akhirat anda. Lebih cepat kita ada ilmu, lebih cepat kita bertindak, peluang kita untuk perbaiki hidup kita lebih cepat.


  • y nak share jua apa yang telah sy perolehi sepanjang 3x menghadiri Minda Magnet Rezki... Jom pm laju - laju